Genting Property Sdn Bhd, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya (“GPSB”, “kami”, atau “kita”) menghormati privasi individu-individu berkenaan dengan data peribadi. Notis Data Peribadi ini dikeluarkan berdasarkan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturan, standard-standard, polisi-polisi dan kod amalan yang dikeluarkan dibawahnya (“Akta”) dan ia menerangkan bagaimana kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda berdasarkan kepada Akta tersebut. Untuk tujuan Notis Data Peribadi ini, terma-terma “data peribadi”, “data peribadi sensitif” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan di bawah Akta.
| 1. Pengumpulan Data Peribadi |
| |
Pihak kami akan meminta anda untuk memberikan data peribadi semasa anda berurusan dengan kami. Ini adalah untuk membolehkan kami untuk memasuki transaksi komersial dengan anda, atau untuk memberikan perkhidmatan atau maklumat yang diperlukan berkaitan dengan perkhidmatan atau produk kami. Dengan menandatangani Notis Data Peribadi ini, anda memberikan persetujuan anda kepada pihak kami untuk memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda (dirujuk secara kolektif sebagai “Data Peribadi”). |
| |
| 2. Deskripsi Data Peribadi |
| |
Dalam hal ini, pihak kami akan memproses Data Peribadi anda seperti berikut: |
| |
(a) |
nama, umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor pasport, gambar, imej dan rakaman; |
| |
(b) |
bangsa, asal-usul etnik, kewarganegaraan, maklumat kesihatan fizikal dan mental, rekod jenayah; |
| |
(c) |
maklumat kenalan termasuk alamat, alamat emel dan nombor telefon; |
| |
(d) |
status perkahwinan, dan butir-butir isteri, kanak-kanak dan waris / orang yang boleh dihubungi pada waktu kecemasan; |
| |
(e) |
pekerjaan, sejarah pekerjaan, penilaian prestasi, butir-butir pendapatan, butir-butir permit kerja, majikan, rujukan serta butir-butir lain mengenai majikan terdahulu, butir-butir EPF, butir-butir SOCSO; |
| |
(f) |
jenis pinjaman atau kemudahan yang dipohon / untuk permohonan berkenaan dengan pembelian hartanah atau tujuan lain; |
| |
(g) |
butir-butir kewangan termasuk butir-butir akaun bank atau kemudahan, butir-butir kad kredit, butir-butir fail cukai, rekod pemfailan cukai; dan |
| |
(h) |
maklumat dan data lain yang berkaitan untuk membolehkan kami memberikan kepada anda perkhidmatan atau informasi berkenaan dengan perkhidmatan atau produk kami. |
| |
| 3. Tujuan untuk mengumpul Data Peribadi |
| |
Data peribadi anda telah atau akan dikumpul dan diproses oleh kami bagi tujuan berikut: |
| |
(a) |
penyiapan dan pelaksanaan semua dokumen dan perjanjian diperlukan untuk perkhidmatan dan/atau produk kami termasuk sebarang kewajipan yang timbul daripada sebarang perjanjian antara anda dan kami dan untuk memberikan anda maklumat dan perkhidmatan yang diminta oleh anda daripada kami; |
| |
(b) |
pelaksanaan, penyempurnaan dan penyiapan sebarang transaksi komersial, urusan atau berkaitan dengan perkhidmatan dan/atau produk yang mungkin kami sediakan kepada anda; |
| |
(c) |
untuk menilai permohonan anda untuk perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kami; |
| |
(d) |
untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui semakan rujukan kredit, penilaian kredit, kewangan dan latar belakang apabila difikirkan perlu; |
| |
(e) |
untuk mengesahkan dan melakukan transaksi kewangan berkaitan dengan pembayaran termasuk pembayaran yang dibuat oleh anda atau kepada anda dan mentadbir dan memproses sebarang pembayaran berkaitan dengan perhidmatan dan/atau produk kami; |
| |
(f) |
melaporkan kepada pihak berkuasa pengawalan yang berkaitan dan memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia yang berkaitan dengan perkhidmatan dan/atau produk kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, garis panduan, undang-undang kecil, kod, pekeliling, kerajaan yang terpakai pihak berkuasa dan/atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten; |
| |
(g) |
penyelenggaran dan senggaraan rekod dalaman pelanggan, pentadbiran, pengurusan, pembangunan perniagaan, pengiklanan, penyelidikan, operasi dalaman, penyelesaian masalah, analisis data, tujuan statistik dan tinjauan serta aktiviti sosial; |
| |
(h) |
untuk membolehkan pihak kami menyampaikan bahan pengiklanan atau pemasaran kepada anda atau menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, mel pos biasa, cara telekomunikasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan telefon, mesej teks, aplikasi sembang sosial) tentang perkhidmatan dan/atau produk kami; |
| |
(i) |
mengendalikan pentadbiran, pengebilan, aduan dan sebarang tujuan lain yang berkaitan dengan hartanah anda atau perkhidmatan yang diberikan kepada anda; |
| |
(j) |
untuk mengendalikan laman web kami dan perisian teknologi maklumat (termasuk pengumpulan alamat protokol internet dan kuki) termasuk semua aktiviti berkaitan internet; |
| |
(k) |
untuk membolehkan anda mengakses mana-mana aplikasi, portal web atau platform dalam talian, yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami; |
| |
(l) |
untuk membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, mel pos biasa, cara telekomunikasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada penggilan telefon, mesej teks, aplikasi sembang sosial) mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga terpilih yang kami fikir mungkin menarik minat anda tetapi untuk berbuat demikian pihak kami akan mengekalkan kawalan ke atas Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tersebut tanpa kebenaran anda terlebih dahulu; |
| |
(m) |
untuk menerbitkan gambar, imej atau rakaman video anda, yang diambil semasa penyertaan anda dalam mana-mana acara atau acara kami, di laman web kami atau media sosial lain atau di premis kami; |
| |
(n) |
untuk memberikan anda akses ke mana-mana premis/kemudahan, termasuk premis/kemudahan yang dmiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh pihak kami atau bagi pihak kami; |
| |
(o) |
untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda dan pelawat kami yang lain ke premis kami; dan |
| |
(p) |
bagi tujuan-tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan dengan tujuan-tujuan di atas. |
| |
Tujuan-tujuan yang dinyatakan diatas secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan”. |
| |
| 4. Sumber Data Peribadi |
| |
Data Peribadi yang mungkin dikumpul, diproses atau digunakan oleh kami diambil daripada sumber-sumber seperti berikut:- |
| |
(a) |
borang-borang rasmi pihak kami (bercetak atau elektronik) yang diserahkan atau dilengkapkan oleh anda atau bagi pihak anda, termasuk borang tempahan/permohonan, senarai pelawat/tetamu, borang pertanyaan atau borang atau dokumen lain yang berkaitan: |
| |
(b) |
sebarang pertanyaan, e-mel, surat-menyurat atau dokumen yang kami terima semasa sebarang komunikasi antara anda dan kami; |
| |
(c) |
daripada Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di premis kami; |
| |
(d) |
kad perniagaan anda yang diberikan kepada kami atau pekerja kami; |
| |
(e) |
apa-apa data atau maklumat daripada pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pelaporan kredit, pihak berkuasa kerajaan atau majikan anda; |
| |
(f) |
daripada sumber awam; |
| |
(g) |
dan semua maklumat lain yang diberikan oleh anda kepada kami dari semasa ke semasa. |
| |
| 5. Pendedahan Data Peribadi |
| |
Anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut: |
| |
(a) |
syarikat-syarikat berkaitan dengan GPSB; |
| |
(b) |
pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami, rakan niaga kami, badan pengurusan bersama (JMB), perbadanan pengurusan (MC), persatuan penduduk (RA)/ pemilik badan, wakil, ejen atau badan/entiti lain yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan berhubung dengan pembangunan hartanah kami untuk melaksanakan Tujuan dan untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan berhubung dengan perkhidmatan dan/atau produk kami; |
| |
(c) |
juruaudit, perunding dan penasihat profesional kami; |
| |
(d) |
institusi kewangan dan agensi pelaporan kredit; |
| |
(e) |
bakal penyerah hak kami, penerima serah hak, pemindah milik, penerima pindahan, pemeroleh atau penerima pemerolehan kami berkenaan dengan hak, kepentingan dan hartanah kami; |
| |
(f) |
pihak ketiga seperti yang diminta atau dibenarkan oleh anda; |
| |
(g) |
mana-mana jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan berkanun; dan |
| |
(h) |
mana-mana pihak ketiga lain untuk melaksanakan mana-mana Tujuan tersebut. |
| |
| 6. Perlindungan dan Pengekalan Data Peribadi |
| 6.1 |
Pihak kami akan berusaha untuk melaksanakan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai berdasarkan kepada Akta tersebut, khususnya Tata Amalan Umum Perlindungan Data Peribadi, untuk memastikan bahawa apa-apa Data Peribadi yang disimpan oleh kami dilindungi daripada sebarang kerugian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pendedahan atau akses tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan. |
| 6.2 |
Apa-apa Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan oleh kami selagi ia diperlukan untuk memenuhi Tujuan, untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang, keperluan peraturan-peraturan atau perakauanan atau untuk melindungi keperluan pihak kami. Data Peribadi anda akan dipadamkan secara kekal apabila ia tidak lagi diperlukan untuk Tujuan yang dinyatakan di atas. |
| |
| 7. Akibat Keengganan/Kegagalan untuk Membekalkan Data Peribadi |
| |
Anda mempunyai hak untuk tidak memberikan Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun, apabila ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami Data Peribadi anda, keengganan atau kegagalan anda untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan seperti berikut di mana pihak kami tidak akan bertanggungjawab: |
| |
(a) |
ketidakupayaan untuk memberikan anda dengan sebarang perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk kami; |
| |
(b) |
ketidakupayaan untuk memuktamadkan sebarang perjanjian atau melengkapkan sebarang transaksi komersial; dan |
| |
(c) |
ketidakupayaan untuk memaklumkan kepada anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan terkini, produk-produk dan/atau pelancaran baharu. |
| |
| 8. Hak untuk Mengakses , Membetulkan, Membataskan and Menarik Balik Pemprosesan Data Peribadi |
| |
Anda mempunyai hak untuk: |
| |
(a) |
mengakses, membetulkan atau mengemas kini Data Peribadi Anda; |
| |
(b) |
membataskan pemprosessan Data Peribadi anda; |
| |
(c) |
menghalang pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung; |
| |
(d) |
menarikbalik persetujuan untuk memproses Data Peribadi anda*; dan |
| |
(e) |
untuk membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda dengan menghubungi kami di: |
| |
|
| |
*Nota: Penarikan balik persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda berkemungkinan akan membawa kepada akibat yang dinyatakan di Perenggan 7 di atas. |